

Stesen Pengukuasa JPJ Kijal merupakan stesen penguatkuasa di bawah JPJ Negeri Terengganu yang bertanggungjawab melaksanakan tanggungjawab terhadap penguatkuasaan pelesenan pemandu, pelesenan kenderaan, kesalahan teknikal dan kenderaan lebih muatan. Stesen penguatkuasa JPJ Kijal mula melaksanakan persekitaran berkualiti amalan Eksa pada 01 September 2014. Pra Audit dan Audit dalaman pada 22 Oktober 2014 dan 14 Januari 2015.

Stesen Pengukuasa JPJ Kijal terletak di KM 138 Jalan Kuala Terengganu–Kuantan Meraga Beris, 24100 Kijal Terengganu dengan keluasan 1.632 hektar persegi mempunyai 2 bangunan utama iaitu bangunan sendiri yang mengandungi pejabat, surau, bilik persalinan, pondok jaga dan kompaun sita. Tugas utama Stesen Penguatkuasa ini adalah untuk mengutkuasa undang dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan fungsi utama adalah untuk menimbang kenderaan yang yang disayaki membawa lebih muatan. Stesen Penguatkuasa JPJ Kijal beralamat seperti berikut :-
Jabatan Pengangkutan Jalan
Km 138 Jln K Terengganu Kuantan
Meraga Beris
21400 Kijal
No Tel : 09-6092200 No Fax : 09-6092201
Jumlah kakitangan bertugas di Stesen Pengukuasa JPJ Kijal mengikut perjawatan adalah seperti berikut :-
Jumlah keseluruhan 22 orang kakitangan. Aktiviti yang dijalankan oleh Stesen Penguatkuasa JPJ Kijal adalah menjalankan tuga-tugas penguatkuasaan di bawah Akta Jabatan Pengangkutan Jalan 1987.

Stesen Pengukuasa JPJ Kijal merupakan Zon 6 di Kumpulan Eksa JPJ Negeri Terengganu yang diketuai oleh PPK Razali Bin Omar. Zon Kijal ini diketua oleh PPP Azmi Bin Mustafa bagi memastikan amalan EKSA diamalkan dan dipratikkan. Zon Kijal menjadikan Amalan Eksa ini sebagai satu medium bagi memastikan keadaan persekitaran yang selamat dan kondusif dan tidak secara lansung dapat menyumbangkan produktiviti Jabatan dan bagi menaikkan imej Jabatan ini dimata masyarakat setempat dengan perkhimatan yang yang diberikan dengan baik dan persekitaran yang kemas dan baik.