PEMBAHAGIAN ZON EKSA JPJ TERENGGANU
Jika dibandingkan semasa perlaksanaan Amalan 5S dahulu dengan perlaksanaan EKSA sekarang, perbezaan yang paling nyata dapat dilihat ialah liputan perlaksanaannya. Jika dahulu, perlaksanaan Amalan 5S hanya melibatkan pejabat JPJ di Kuala Terengganu, dan dalam satu kawasan itu, ia dibahagikan kepada 5 Zon (Tun Abdullah, Tun Abd Razak, Tun Abdul Rahman, Tun Mahathir dan Tun Hussein). Namun kini, melalui perlaksanaan EKSA, ia telah diperluaskan ke seluruh pejabat JPJ dalam negeri Terengganu.Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EKSA JPJ Terengganu Bil.02 pada 13hb Julai 2014, perbincangan telah dibuat mengenai pembahagian zon yang baru untuk EKSA. Pembahagian zon untuk EKSA JPJ Negeri Terengganu adalah seperti berikut:
- Zon 1 – JPJ Kuala Terengganu
- Kawasan Perdana
- Kawasan Waja
- Kawasan Wira
- Kawasan Saga
- Kawasan Inspira
Bersekali dengan pembahagian zon, ketua di setiap zon juga telah dilantik, manakala di Zon 1, selain daripada Ketua Zon, Ketua Kawasan juga turut dilantik untuk membantu kerana Zon 1 merangkumi kawasan yang sangat luas jika dibandingkan dengan zon-zon lain.