Tarikh 15hb Jun 2014 merupakan tarikh di mana Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ) Negeri Terengganu akhirnya melakar satu sejarah kerana pada
tarikh berkenaan, JPJ mengambil langkah berani untuk menukar haluan
daripada Amalan 5S kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Seperti
yang diketahui umum, pejabat JPJ Kuala Terengganu telah bermula dengan
Amalan 5S sejak tahun 2009 lagi. Sepanjang tempoh itu, JPJ Kuala
Terengganu telah berjaya mendapat anugerah pensijilan Amalan 5S oleh MPC
sebanyak 2 kali. JPJ Kuala Terengganu juga merupakan pejabat JPJ yang
kedua disijilkan selepas JPJ Sarawak. Langkah yang diambil ini bukannya
mudah kerana ia melibatkan perubahan dan perubahan memerlukan komitmen
yang sangat tinggi daripada setiap kakitangan JPJ Terengganu.
Namun, pimpinan tertinggi JPJ Negeri Terengganu melihat perubahan ini
ialah satu keperluan. Satu keperluan untuk menjadikan JPJ Negeri
Terengganu menjadi lebih baik daripada sekarang. Antara perubahan
terbesar yang dapat dilihat nanti ialah dari segi penglibatan dengan
Amalan EKSA ini sendiri. Semasa perlaksanaan Amalan 5S terdahulu,
pejabat yang terlibat hanyalah pejabat JPJ Kuala Terengganu. Namun,
untuk perlaksanaan EKSA, kesemua pejabat JPJ Negeri Terengganu akan
terlibat dan ia merupakan satu cabaran yang harus digalas oleh
Jawatankuasa Pemandu yang dilantik. Kesemua pejabat yang terlibat ialah
Ibu Pejabat JPJ Kuala Terengganu, 2 pejabat cawangan di Kemaman dan
Besut, dan 3 pejabat Stesen Penguatkuasa di Kijal, Bukit Besi dan Air
Sejuk.
Amalan EKSA juga dilihat mampu membantu jabatan dalam mematuhi
arahan-arahan dan pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan kepada jabatan
kerajaan. Kemungkinan besar EKSA membolehkan jabatan memperbetulkan
prosedur-prosedur kerja yang selama ini diperturunkan secara amalan
sehinggakan ia sebenarnya telah melanggar arahan-arahan yang sepatutnya
dilaksanakan. Diharapkan semoga perlaksanaan amalan EKSA ini dapat
menambahbaik perkhidmatan JPJ Terengganu terhadap pelanggan.
Semasa pelancaran ‘Kick Start’ Amalan EKSA ini diadakan, turut
dilaksanakan ialah pelantikan Jawatankuasa Pemandu bagi mengetuai
gerakan EKSA ini dan dibawa pejabat JPJ seluruh Negeri Terengganu.
Jawatankuasa Pemandu
Penasihat
|
Tuan
Abdul Rahman Emang Anyie (Pengarah)
|
Pengerusi
|
Razali
bin Omar
|
Penyelaras
I
|
Norziah
binti Shahunit
|
Penyelaras
II
|
Asma
binti Othman@Abd Razak
|
Pelaksana
|
Ahmad
Asri bin Abdullah
|
Latihan
|
Suzaila
binti Zinol
|
Audit
|
Wan
Norhayati binti W Mamat
|
Promosi
|
Syed
Nur 'Adaf Zhafry bin Ismail
|