

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Terengganu telah dibuka pada 19 Mac 1978 dan diketuai oleh Tuan Abdul Rahman Emang Anyie bagi menyediakan perkhidmatan jabatan ini kepada orang awam. JPJ Negeri Terengganu mula beroperasi pada 23 April 2005 di bangunan sekarang.

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Terengganu terletak di Daerah Kuala Terengganu. Jabatan ini beroperasi di bangunan sendiri yang terdiri daripada empat aras dan lima blok utama. Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Terengganu beralamat seperti berikut :-
Jabatan Pengangkutan Jalan
Negeri Terengganu
Aras G-3, Jalan Kemajuan Bukit Kecil
21100 Kuala Terengganu
No Tel : 09-6221533 No Fax : 09-6241533
Jumlah kakitangan bertugas di Jabatan Pengangkutan Jalan Kuala Terengganu mengikut perjawatan adalah seperti berikut :-
Jumlah keseluruhan 287 orang kakitangan. Aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Terengganu adalah Perkhidmatan kaunter yang menawarkan urusan pembayaran saman, Pembaharuan Lesen Kereta Motor, Tukar Hakmilik, dan Pembaharuan Lesen Memandu. Selain dari itu Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Terengganu juga menjalankan tugas penguatkuasaan di seluruh negeri.

JPJ Negeri Terengganu merupakan Zon Satu di Kumpulan Eksa JPJ Negeri Terengganu. Zon satu ini diketua oleh Tuan Razali Omar bagi memastikan amalan EKSA diamalkan dan dipratikan. Zon 1 menjadikan Amalan Eksa ini sebagai satu instrument bagi memastikan keadaan persekitaran yang selamat dan kondusif dan tidak secara lansung dapat menyumbangkan produktiviti Jabatan dan bagi menaikkan imej Jabatan ini dimata masyarakat setempat dengan perkhimatan yang yang diberikan dengan baik dan persekitaran yang kemas dan baik.

