

Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Kemaman telah dibuka pada 15 Julai 1999 dan diketuai oleh Tuan Hashim bin Haji Mustapha bagi menyediakan perkhidmatan jabatan ini kepada orang awam.

Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Kemaman terletak di Daerah Kemaman. Jabatan ini beroperasi di bangunan sendiri yang terdiri daripada lapan blok utama. Jabatan Pengangkutan Jalan Kemaman beralamat seperti berikut :-
Jabatan Pengangkutan Jalan
Cawangan Kemaman
Jalan Mak Chili
24000 Kemaman
No Tel : 09-8592390 No Fax : 09-8592392
Jumlah kakitangan bertugas di Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Kemaman mengikut perjawatan adalah seperti berikut :-
Jumlah keseluruhan 34 orang kakitangan. Aktiviti yang dijalankan oleh JPJ Pengangkutan Jalan Cawangan Kemaman adalah Perkhidmatan kaunter yang menawarkan urusan pembayaran saman, Pembaharuan Lesen Kereta Motor, Tukar Hakmilik, dan Pembaharuan Lesen Memandu. Selain dari itu JPJ Pengangkutan Jalan Cawangan juga menjalankan tugas penguatkuasaan di kawasan sekitarnya.

JPJ Cawangan Kemaman merupakan Zon Dua di Kumpulan Eksa JPJ Negeri Terengganu. Zon dua ini diketua oleh Tuan Hashim bin Haji Mustapha bagi memastikan amalan EKSA diamalkan dan dipratikan. Zon dua menjadikan Amalan Eksa ini sebagai satu instrument bagi memastikan keadaan persekitaran yang selamat dan kondusif dan tidak secara lansung dapat menyumbangkan produktiviti Jabatan dan bagi menaikkan imej Jabatan ini dimata masyarakat setempat dengan perkhimatan yang yang diberikan dengan baik dan persekitaran yang kemas dan baik .