Thursday, 17 April 2014

ZON 4 STESEN PENGUATKUASA JPJ BUKIT BESI

ZON 4 
STESEN PENGUATKUASA JPJ BUKIT BESI


 
 

Stesen Pengukuasa JPJ Bukit Besi merupakan stesen penguatkuasa di bawah JPJ Negeri Terengganu yang bertanggungjawab melaksanakan tanggungjawab terhadap penguatkuasaan pelesenan pemandu, pelesenan kenderaan, kesalahan teknikal dan kenderaan lebih muatan. Stesen penguatkuasa JPJ Bukit Besi  mula melaksanakan persekitaran berkualiti amalan Eksa pada 01 September 2014. Pra Audit dan Audit dalaman pada 22 Oktober 2014 dan 14 Januari 2015.


Stesen Pengukuasa JPJ Bukit Besi terletak di Jln Al-Muktafi Billah Shah Terengganu dengan keluasan 3.5 ekar hektar persegi. Mempunyai bangunan utama iaitu bangunan sendiri yang mengandungi pejabat, surau, bilik persalinan, pondok jaga dan kompaun sita. Tugas utama Stesen Penguatkuasa ini adalah untuk mengutkuasa undang dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan fungsi utama adalah untuk menimbang kenderaan yang yang disayaki membawa lebih muatan Stesen Penguatkuasa JPJ Bukit Besi beralamat seperti berikut :-


Jabatan Pengangkutan Jalan

Km 2 Jln Jerangau – Jabor

23200 Bandar Besi

No Tel : 09-69558757 No Fax : 09-6958971
Jumlah kakitangan bertugas di Stesen Pengukuasa JPJ Bukit Besi mengikut perjawatan adalah seperti berikut :-

Jumlah keseluruhan 22 orang kakitangan. Aktiviti yang dijalankan oleh Stesen Penguatkuasa SPK Bukit Besi adalah menjalankan tuga-tugas penguatkuasaan di bawah Akta Jabatan Pengangkutan Jalan 1987.


SPK Bukit Besi merupakan Zon 4 di Kumpulan Eksa JPJ Negeri Terengganu yang diketuai oleh PPK Razali Bin Omar, Zon Bukit Besi ini diketua oleh PPP Azmi Bin Mustafa bagi memastikan amalan EKSA diamalkan dan dipratikkan. Zon Bukit Besi menjadikan Amalan Eksa ini sebagai satu medium bagi memastikan keadaan persekitaran yang selamat dan kondusif dan tidak secara lansung dapat menyumbangkan produktiviti Jabatan dan bagi menaikkan imej Jabatan ini dimata masyarakat s
etempat dengan perkhimatan yang yang diberikan dengan baik dan persekitaran yang kemas dan baik.