Tuesday, 6 May 2014

ZON 5 STESEN PENGUATKUASA JPJ AIR SEJUK


ZON 5 
STESEN PENGUATKUASA JPJ AIR SEJUK
 
 
 

Stesen Pengukuasa JPJ Air Sejuk merupakan stesen penguatkuasa di bawah JPJ Negeri Terengganu yang bertanggungjawab melaksanakan tanggungjawab terhadap penguatkuasaan pelesenan pemandu, pelesenan kenderaan, kesalahan teknikal dan kenderaan lebih muatan.  Stesen penguatkuasa JPj Air Sejuk mula melaksanakan persekitaran berkualiti amalan Eksa pada 01 September 2014. Pra Audit dan Audit dalaman pada 22 Oktober 2014 dan 14 Januari 2015.


Stesen Pengukuasa JPJ Air Sejuk terletak di Km 74 Jalan Terengganu – Kota Bharu, 22100, Setiu, Terengganu dengan keluasan 1.632 hektar persegi mempunyai 2 bangunan utama iaitu bangunan sendiri yang mengandungi pejabat, surau, bilik persalinan, pondok jaga dan kompaun sita. Tugas utama Stesen Penguatkuasa ini adalah untuk mengutkuasa undang dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan fungsi utama adalah untuk menimbang kenderaan yang yang disyaki membawa lebih muatan Stesen Penguatkuasa JPJ Air Sejuk beralamat seperti berikut :-

Jabatan Pengangkutan Jalan
Km 74 Jalan Terengganu-Kota Bharu
22100 Setiu
No Tel : 09-69558757 No Fax : 09-6092201
Jumlah kakitangan bertugas di Stesen Pengukuasa JPJ Air Sejuk mengikut perjawatan adalah seperti berikut :-

Jumlah keseluruhan 14 orang kakitangan. Aktiviti yang dijalankan oleh Stesen Penguatkuasa SPK Air Sejuk adalah menjalankan tuga-tugas penguatkuasaan di bawah Akta Jabatan Pengangkutan Jalan 1987.


Stesen Pengukuasa JPJ Air Sejuk merupakan Zon 5 di Kumpulan Eksa JPJ Negeri Terengganu yang diketuai oleh PPK Razali Bin Omar. Zon Air Sejuk ini diketua oleh PPP Azmi Bin Mustafa bagi memastikan amalan EKSA diamalkan dan dipratikkan. Zon Air Sejuk menjadikan Amalan Eksa ini sebagai satu medium bagi memastikan keadaan persekitaran yang selamat dan kondusif dan tidak secara lansung dapat menyumbangkan produktiviti Jabatan dan bagi menaikkan imej Jabatan ini dimata masyarakat setempat dengan perkhimatan yang yang diberikan dengan baik dan persekitaran yang kemas dan baik.